Program Bijak Sifir 2012 untuk musim ke 2 telah dilancarkan oleh Pengetua SMK Jalan Apas, Mr. Yeo Ten Men pada 20/2/2012. Program ini adalah anjuran Panitia Matematik SMKJA yang dikhususkan untuk pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan 2. Penyelaras Program Bijak Sifir untuk Tingkatan 1 ialah Cik Nurjarinah Tahir dan Penyelaras Program Bijak Sifir Tingkatan 2 ialah En. Mohd Firdaus Bakeri. Program ini akan berlansung dari bulan Februari sehingga Ogos 2012. Objektif utama program ini ialah untuk menggalakkan pelajar menguasai kemahiran asas sifir. Diharapkan program ini akan memberi impak yang positif dan dapat membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran matematik sejak peringkat awal lagi. Terima kasih kepada semua guru mata pelajaran Matematik Tingkatan 1 & 2 dan guru-guru yang terlibat dalam menjayakan usaha murni ini demi kecemerlangan pelajar SMK Jalan Apas.
Nota Kaki :
Sila tekan gambar untuk melihat dgn lebih jelas.
JADUAL PERTANDINGAN PROGRAM BIJAK SIFIR TINGKATAN 1&2
SESI 2012
SESI 2012
TARIKH KELAS TERLIBAT
20.2.2012 KELAS 1A
05.3.2012 KELAS 1B
19.3.2012 KELAS 1C
02.4.2012 KELAS 1D
09.4.2012 KELAS 1E
16.4.2012 KELAS 1F
07.5.2012 KELAS 1G
11.6.2012 KELAS 2A
18.6.2012 KELAS 2B
25.6.2012 KELAS 2C
16.7.2012 KELAS 2D
23.7.2012 KELAS 2E
06.8.2012 KELAS 2F
13.8.2012 KELAS 2G
Disediakan oleh KP Matematik 2012
No comments:
Post a Comment