Thursday 26 April 2012

KEM SAINS DAN MATEMATIK 2012

        GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI : (untuk lihat gambar turunkan cursur sebelah kanan gambar ke bawah)








































































































































 Alhamdulillah....... Kem Sains Matematik ini telah berlansung pada 20 & 21/4/2012 yang lalu dan aktiviti ini  berjalan dengan lancar.....syukur alhamdulillah cuaca pada dua hari tersebut sangat baik oleh itu semua aktiviti yang telah dirancang dapat dijalankan.......seperti explore race, pencerapan matahari dan pencerapan bintang pada malam hari. Seramai  172  pelajar Ting 1-5 dan 17 orang pelajar ting 6 geografi  telah  menyertai perkampungan sains ini.
         Kelihatan para pelajar sangat seronok menjalankan aktiviti bersama Unit Sains dan Teknologi Jabatan Ketua Menteri Sabah (UST) dan PUSKAL bahkan mereka mengharapkan aktiviti seumpama ini dapat dijalankan lagi  pada tahun-tahun akan datang lebih-lebih  lagi mereka semua mendapat hadiah beg daripada UST.
        Sekalung budi dan jutaan terima kasih buat Pn. Fiona J. Sandi  (Penolong Pengarah UST), Pn. Betty Kondingu, Pn. Hjh Maimukah Saluddin, Pn. Saabiah Andamit, En. Mohammad Hanafi Hj. Semion, Pn. Rosalin Jiungan, En. Sulaiman Jamih, En. Irewansah Latim, En. Abdul Karim Alip, En. Mohd. Firdaus Manan (dari UNIT SAINS TEKNOLOGI  JKM SABAH) , Dr Mustapha Nasir, En. Dzulkhairul M. Hamdan, En. Mohd. Azri Zakirin, En. Md. Suzri Jahimin, En. A. Amirul Julimin, Am. Azi, dan Md. Lazron Jamiee ( dari PUSAT SAINS KG LINGKUDAU RANAU)  yang telah sudi datang dari jauh (ada yang datang dengan kereta dan kapal terbang) untuk bersama-sama  menjayakan Kem Sains Matematik ini. Bagi mereka yang penting  keseronokan yang dirasai oleh pelajar. Semoga usaha dan pengorbanan mereka akan dapat menghasilkan  lebih ramai lagi para cendekiawan sains negeri Sabah pada masa akan datang. Amin.....
       Tahniah dan terima kasih juga untuk  para peserta pelajar yang telah menujukkan sikap positif, disiplin dan komitmen yang baik sepanjang perkampungan Sains dan Matematik ini dan ribuan  terima kasih  buat AJK pelajar yang telah membantu para guru  memastikan segala aktiviti, makanan dan minuman mencukupi dan  disiplin pelajar dapat dikawal. Semoga ilmu yang telah dikongsi dapat dimanfaatkan untuk diri, rakan dan kecemerlangan  sekolah kelak.
        Ribuan terima kasih yang tak terhingga buat JK Pelaksana yang terdiri dari guru-guru Sains dan Matematik, pembantu makmal  dan guru-guru bidang lain  yang ada memberikan kerjasama untuk menjayakan Kem Sains dan Matematik ini. Semoga keikhlasan guru-guru dalam menjayakan kem ini  akan mendapat balasan di dunia dan di akhirat...Amin.....