Friday 9 March 2012

KEM SAINS MATEMATIK 2012

JOM...JOM...JOM. SERTAI AKTIVITI  PENCERAPAN BINTANG 2012


- Aktiviti Pencerapan Bintang semasa Kem Sains dan Matematik  akan diadakan pada 20-21/4/2012 di SMK Jalan Apas.
-Selain dari aktiviti pencerapan bintang pelbagai lagi aktivit menarik seperti demonstrasi sains, aktiviti hands on, pameran sains bergerak serta pelbagai pertandingan seperti pelancaran roket air, amazing egg drop, dan treasure hunt
- Kem Sains dan Matematik ini adalah  anjuran Bidang Sains dan Matematik SMKJA dengan kerjasama Unit Sains dan Teknologi JKM Sabah.
-Jom beramai-ramai sertai kem ini....jangan lepaskan peluang yang belum tentu untuk kali kedua......
- Masa pendaftaran pelajar pagi : Hari Jumaat (20/4/2012) jam 2.00 petang di Dewan Serbaguna SMKJA
- Masa pendaftaran pelajar petang : Hari Jumaat (20/4/2012) jam 5.00 petang di Dewan Serbaguna SMKJA
- Bayaran RM 7.00 untuk makanan, minuman, dan sijil penyertaan bagi pelajar yang  bermalam untuk mengikuti aktiviti pencerapan bintang pada malam sabtu.
-Tiada bayaran dikenakan kepada pelajar yang tidak bermalam dan hanya menyertai aktiviti pertandingan yang akan dijalankan pada hari Sabtu pagi
-Pameran pula akan diadakan pada hari Jumaat (20/4/2012) jam 7.00 pagi - 4.30 petang
-Semua aktiviti pertandingan akan dijalankan pada hari Sabtu (21/4/2012) jam 7.30 -11.30 pagi.
-Bahan pertandingan seperti roket air, payung terjun dan tapak telur perlu disiapkan lebih awal di rumah.
- Kreativiti dan inovasi dalam rekaan, ketinggian penerbangan roket , pendaratan yang cantik, tempoh masa telur berada diudara dan telur tidak pecah antara kriteria yang dinilai dalam pertandingan ini.


JOM....MERIAHKAN KEM SAINS MATEMATIK 2012....





2 comments:

  1. Salam ckgu..biar sya jdik org ptma yha..:)

    ReplyDelete
  2. Cgu, sya cdgkan,cgu ltak jgak widget statistics visitor hehe..

    ReplyDelete