Friday 9 March 2012

KEM SAINS MATEMATIK 2012

JOM...JOM...JOM. SERTAI AKTIVITI  PENCERAPAN BINTANG 2012


- Aktiviti Pencerapan Bintang semasa Kem Sains dan Matematik  akan diadakan pada 20-21/4/2012 di SMK Jalan Apas.
-Selain dari aktiviti pencerapan bintang pelbagai lagi aktivit menarik seperti demonstrasi sains, aktiviti hands on, pameran sains bergerak serta pelbagai pertandingan seperti pelancaran roket air, amazing egg drop, dan treasure hunt
- Kem Sains dan Matematik ini adalah  anjuran Bidang Sains dan Matematik SMKJA dengan kerjasama Unit Sains dan Teknologi JKM Sabah.
-Jom beramai-ramai sertai kem ini....jangan lepaskan peluang yang belum tentu untuk kali kedua......
- Masa pendaftaran pelajar pagi : Hari Jumaat (20/4/2012) jam 2.00 petang di Dewan Serbaguna SMKJA
- Masa pendaftaran pelajar petang : Hari Jumaat (20/4/2012) jam 5.00 petang di Dewan Serbaguna SMKJA
- Bayaran RM 7.00 untuk makanan, minuman, dan sijil penyertaan bagi pelajar yang  bermalam untuk mengikuti aktiviti pencerapan bintang pada malam sabtu.
-Tiada bayaran dikenakan kepada pelajar yang tidak bermalam dan hanya menyertai aktiviti pertandingan yang akan dijalankan pada hari Sabtu pagi
-Pameran pula akan diadakan pada hari Jumaat (20/4/2012) jam 7.00 pagi - 4.30 petang
-Semua aktiviti pertandingan akan dijalankan pada hari Sabtu (21/4/2012) jam 7.30 -11.30 pagi.
-Bahan pertandingan seperti roket air, payung terjun dan tapak telur perlu disiapkan lebih awal di rumah.
- Kreativiti dan inovasi dalam rekaan, ketinggian penerbangan roket , pendaratan yang cantik, tempoh masa telur berada diudara dan telur tidak pecah antara kriteria yang dinilai dalam pertandingan ini.


JOM....MERIAHKAN KEM SAINS MATEMATIK 2012....





Thursday 8 March 2012

KEM SAINS DAN MATEMATIK

PERASMIAN REBRANDING BAHAN PAMERAN SAINS TERBARU UST DAN PENYERAHAN KALKULATOR SAINTIFIK SUMBANGAN UST KEPADA PIBG SMK JALAN APAS PADA 28/4/2011 .





KEM SAINS DAN MATEMATIK

KEM SAINS & MATEMATIK BERSAMA UST DAN PUSKAL 2010





PELANCARAN PROGRAM BIJAK SIFIR 2012


Program Bijak Sifir 2012 untuk musim ke 2  telah dilancarkan oleh Pengetua SMK Jalan Apas, Mr. Yeo Ten Men pada 20/2/2012. Program ini adalah anjuran Panitia Matematik SMKJA yang dikhususkan untuk pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan 2. Penyelaras Program Bijak Sifir untuk Tingkatan 1 ialah Cik Nurjarinah Tahir dan Penyelaras Program Bijak Sifir Tingkatan 2 ialah En. Mohd Firdaus Bakeri. Program ini akan berlansung dari bulan Februari sehingga  Ogos 2012. Objektif utama program ini ialah untuk menggalakkan pelajar menguasai kemahiran asas sifir.  Diharapkan program ini akan memberi impak yang positif  dan dapat membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran matematik sejak peringkat awal lagi. Terima kasih kepada semua guru mata pelajaran Matematik Tingkatan 1 & 2 dan  guru-guru yang terlibat dalam menjayakan usaha  murni ini demi kecemerlangan pelajar SMK Jalan Apas.
Nota Kaki :
Sila tekan gambar untuk melihat dgn lebih jelas.

JADUAL PERTANDINGAN PROGRAM BIJAK SIFIR TINGKATAN 1&2 
SESI 2012 

        TARIKH                                    KELAS TERLIBAT
20.2.2012                                          KELAS 1A
05.3.2012                                          KELAS 1B
19.3.2012                                          KELAS 1C
02.4.2012                                          KELAS 1D
09.4.2012                                          KELAS 1E
16.4.2012                                          KELAS 1F
07.5.2012                                          KELAS 1G
11.6.2012                                          KELAS 2A
18.6.2012                                          KELAS 2B 
25.6.2012                                          KELAS 2C 
16.7.2012                                          KELAS 2D
23.7.2012                                          KELAS 2E 
06.8.2012                                          KELAS 2F 
13.8.2012                                          KELAS 2G 

Disediakan oleh KP Matematik 2012





BENGKEL KALKULATOR 2


Aktiviti Persatuan Sains dan Matematik pada perjumpaan kali  3 iaitu Bengkel Kalkulator 2 yang dikendalikan oleh Pn. Shariwati @ Saerah Simin dan Pn. Sharon @ Sum Yoke Mui sebagai fasilitator. Seramai 57 orang ahli hadir dan mengikuti bengkel tersebut. Bengkel Kalkulator 1 telah diadakan pada 14/1/2012 dan Bengkel Kalkulator 2 pada 25/2/2012. Dalam bengkel ini pelajar telah diajar kemahiran menyelesaikan masalah matematik dalam topik-topik tertentu yang memerlukan kemahiran penggunaan simbol-simbol dalam kalkulator. Diharapkan kemahiran ini dapat diguna pakai oleh pelajar dalam menjawab soalan-soalan penyelesaian masalah matematik kelak.
Nota Kaki :
Sila tekan gambar untuk melihat dengan lebih jelas.

SCIENCE MADE FUN!







SCIENCE MADE FUN,
SCIENCE MADE EASY!